Wednesday, September 1, 2010

...tanda2 dia cintakan kamu...


ehem3...

aku senyum sorang2 bila baca benda nih...sebab mmg aku buat semua benda yang dye cakap...


Tanda2 dia cintakan kamu...

...orang yang mencintai kamu takkan pernah mampu memberikan alasan kanapa dia mencintai kamu. yang dia tahu hanya kamu sahaja yang ada di hatinya...

...orang yang mencintai kamu selalu terima kamu seadanya. padanya, kamu tetap insan yang tercantik wpun berat badan kamu dah bertambah...

...orang yang mencintai kamu sentiasa ingin tahu apa yang telah kamu lalui hari ini...

...orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengirim SMS seperti "selamat pagi", "selamat malam", "take care" dan sebagainya walaupun kamu tidak membalasnya. kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan rasa cintanya buat kamu, selain daripada mengatakan "i Love u"...

...orang yang mencintai kamu akan selalu ingat semua peristiwa penting yang berlaku antara kamu berdua, walaupun kamu sudah melupakannya. kerana baginya setiap peristiwa amat berharga dan dia akan menangis kerana dia tahu, perkara seperti itu tidak mungkin akan berulang lagi...

...orang yang mencintai kamu akan selalu ingat semua kata2 yang kamu ucapkan, walaupun kamu sendiri sudah melupakannya. kerana dia akan semat setiap kata2 kamu di dalam hatinya...

...jika kamu sakit, dia akan sentiasa SMS atau telefon kamu untuk bertanya khabar kerana dia bimbang akan kesihatan kamu...

...jika kamu bakal menghadapi ujian, dia akan sentiasa memberikan semangat kepada kamu, terutama pada hari ujian tersebut berlangsung...

...orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa...

...orang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari2nya dengan kamu...

...orang yang mencintai kamu akan sentiasa menasihati kamu supaya berhati2 dengan persekitaran kamu jika kamu terpaksa berpindah ke tempat lain. kerana jauh di hatinya dia benar2 takut kehilangan kamu...

...orang yang mencintai kamu akan selalu melakukan perkara2 yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali sehari. atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirikan SMS. sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu...

...orang yang mencintai kamu sudah pasti akan merindui kamu dan dia akan melakukan hal2 yang boleh memeningkan kamu. namun, ketika kamu menyatakan bahawa kelakuannya itu menggangu kamu, dia pasti akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi...

...Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya...

...Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya...

...Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu...

...Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...

...orang yang mencintai kamu pasti pernah menangis dan akan menangis kerana kamu...



aduh...

semua benda ni aku pernah buat...

dia pon pernah buat especially bab menangis...

dia pon ade bagi selimut kesayangan dia kat aku...selimut tu dia pakai dari dia kecik lg...

aku selalu kacaw dia wpon aku tahu dia bz...



hmmm...

T_T


No comments:

Post a Comment

written by