Tuesday, January 18, 2011

...motivasi utk orang yang ada nama "siti"...

SITI...
ouh...bukan Siti Nurhaliza @ Siti Nurdiyana...
punya ramai perempuan ade nama SITI kat depan, 2 org ni jugak y duk tpker2 masuk lam kepala otak kan???
haish...


dulu masa kecik2 aku heran sebenarnya...
kenapa arwah bapak aku letak nama aku ada SITI???
pastu terus nama aku jd panjang...n selalu duk kat hujung2 list register kelas...
adik aku y perempuan pon sama...
aku cari maksud SITI tp susah nak jumpa...
rupa-rupanya tu gelaran utk perempuan...
sama lebih kurang macam SHARIFAH la ek kalaw camtu???
masa tu aku selalu tanya sebab ilmu agama aku cetek...
teringin nak taw...
ouh, sekarang masih sama lagi tahap ilmu agama aku...haish...
T_T


bila da besar panjang ni, persepsi pun kompem berubah jugak kan...
skrg aku da rasa saper2 yang ada nama SITI tu bertuah...ohooooo...puji diri sendiri ker???
x...maksud aku nama dia nampak cantik...hihihi...
sedap je dengar bila kita sebut, xkisah la panjang mana pun nama dyer...
SITI itu...SITI ini...SITI situ...SITI sini...
aish...sedap lah...
lagi sedap kalaw ikut nama2 wanita agung ISLAM kan?
macam SITI AISYAH...SITI KHADIJAH...SITI FATIMAH...
nama ringkas jer...tp tu dia...
semua dijamin syurga...


sekarang ni nama semua sedap2...panjang2...
kalaw cari maksud nama abes 2 3 kitab jugak ko bukak, baru dapat taw makna 1 nama tu jer...
tp tu la...nama panjang2, maksud baek2, tp perangai belum tentu baek...
patutnya bila nama da baek2, cantik2, perangai pun kompem la kena cantik2 jugak kan...
zaman sekarang...erm...


oit...apsal lak ko sibuk2 bg ceramah agama ni???


eh...bukan ceramah agama la...
aku xcukup ilmu nak bg ceramah2 ni...
saje je nak kongsi ngan semua...


aku nak cakap...


kami yang ada nama SITI ni beruntung...
kami ada ramai SITI yang agung utk dijadikan contoh...
y ni SITI yang memang kompem, dijamin syurga utk dwang...
hidup dwang banyak cabaran...
hidup dwang banyak cerita...
kalaw semua perempuan zaman sekarang, lebih2 lagi y ada nama SITI ikut apa yang dwang buat dulu, memang indah la...



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? 
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, 
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah, 
Penawar hati kekasih Allah, 
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah, 
Isteri Rasulullah yang bijak, 
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan, 
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku, 
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, 
Akur dalam setiap perintah, 
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang, 
Tiada memiliki harta dunia, 
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah, 
Inginku intip serpihan sabar, 
Daripada catatan hidup Siti Sarah. 
Tabahkah jiwaku, 
Setabah umi Nabi Ismail, 
Mengendong bayinya yang masih merah, 
Mencari air penghilang dahaga, 
Di terik padang pasir merak, 
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, 
Pengharapannya hanya pada Allah, 
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah, 
Permaisuri Nabi Ayyub, 
Pasrah dengan dugaan Tuhannya, 
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan, 
Namun ia kembali, 
Kerana iman yang kuat, 
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya, 
Bahagia adalah miliknya.



erm...
tabahnya hati dwang...
indahnya peribadi dwang...
teguhnya pendirian dwang...
dwang memang sepatutnya jadi idola...
bukan nk suh jadi idola penyanyi tu...tp nak suh jadi idola dari segi peribadi...


sekarang, motivasi da ada...
tp mampu ke aku jadi macam mereka???
dijamin syurga tu mungkin tak...
tp peribadi still boleh dicontohi...




so, untuk semua perempuan yang bernama SITI...
jom...
kita jadi macam dwang ni semua...




p/s : t bg nama anak2 perempuan semua ada SITI...hehehe...kalaw anak2 tya kenapa, at least ada jugak cerita2 sirah nabi nak cerita...

sajak dari ILuvIslam...

30 comments:

  1. wah .. nice entry ...
    berguna nama siti

    =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...nme sy de ct...tp nme baby tak delah...em...

    ReplyDelete
  3. hee.. thanks 4 sharing. nama sy Siti Zulaikha. tp tak suka kalau org panggil Siti. rasa janggal. tp bila dah bace entry ni, rasa cam nak semua org panggil sy Siti :D

    ReplyDelete
  4. suke ! name sy un siti gak. (: siti fatimah. aww !

    ReplyDelete
  5. jap akak, sy share entry ni kat fb boleh kan? heee :)

    ReplyDelete
  6. kerana percayakan siti.. uUUuuu.. heHe

    kal0 mak bapak yg fanatik nak dapat anak pompuan tiba2 dpt anak lelaki jgn laa letak nama anak SITI BADRUL... huHU

    ReplyDelete
  7. wah besh nye name saya takde siti
    takde nur .. juz nazirah je..
    mang bertuah la cik siti.. ;)

    ReplyDelete
  8. hehe.. cik moon pun siti gak..

    ReplyDelete
  9. Nice entry! Bertuah lah mereka yang mempunyai nama "Siti" nie... =)

    ReplyDelete
  10. semoga kita jg sama2 tabah dlm hadapi kehidupan.
    Ibu saya, siti hawa. . . juga tabah membesarkan kami 3 beradik. sayang ibu!

    ReplyDelete
  11. nama siti ni slaloo orang panggil nenek!oh sangat benci!!
    pst..salam singgah dr SITI dayla;)

    ReplyDelete
  12. nama xder ct tp tetap bangga dgn nama di beri..heheh..

    ReplyDelete
  13. very nice entry :) i like this entry.

    ReplyDelete
  14. nmaku pon diberi siti, kata ibu nma siti aisyah cukup mgagumkan beliau swaktu mgandungkn aku..jadi dletkkn nmaku sperti itu..

    ReplyDelete
  15. Subhanallah! Tq tqah! Beruntung sungguh kita kan..hee ^_^

    ReplyDelete
  16. oWh.. kena cari isteri yg ada nama siti nie.. Mode: Teruja.. ^^

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum semua dan salam ziarah kepada Tuan empunya Blog..

    Syukran atas perkongsian...:-)

    ReplyDelete
  18. ramai org nak jd siti nurhaliza je skang

    ReplyDelete
  19. suka entry nieh.. :)

    ReplyDelete
  20. bangge kejap name saye tersenarai dalam entry kamoo..ehehehehe....bertuahnye jadi orang bernama siti..adik beradik saye ade 4 pompuan...semua bermula dengan siti..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  21. nice en3, tp err rsnya ustaz cakap dlm bahasa arab makna SITI: puan, Siti Khadijah bermksud Puan Khadijah, iaitu sebagai kata hormat, alah..cam kiter gak.. Puan utk mereka yg dah bernikah .. n Cik untuk yg masih belum bernikah..klu isteri2 nabi mestila puan sbb dorang tu ISTERI Nabi tp PUAN2 kt sini isteri ke?? huhuhu,

    ha..tmbah info lg, Klu cik dlm bhs arab, dorang panggil Anisah, Saper2 nama Anisah leh angkat tangan.. huhuhu (means dia xkn jd puan..te he he)

    gurau jek, jgn mare!!

    ReplyDelete
  22. ouh...timer kasih ea...
    hehehe...xper...sama2 kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  23. heheheh...negara kiter pom ader gak siti jaman dulu...cik siti wan kembang...kenal?

    ReplyDelete
  24. saya pun SITI juga . ada orang bilang , SITI makna nye PUTERI . jadi orang yang ada nama SITI ni ibarat sang PUTERI . ahaks !!

    ReplyDelete
  25. huhuhuu...semua prempuan dlm famili saya ada siti, dari moyang ke cicit....huish, best n sronok gak, mula2 mcm pelik, mcm yg prempuan bwak nama siti, tp biler berkumpul, member2 dtg, klaka lak, siti mana satu?hehehehe

    ReplyDelete

written by