Sunday, February 5, 2012

...pilihan...



nak quote sket apa y kawan aku dah post kt fb dia...


Seburuk mana pun kita dahulu, perangai teruk mana sekali pun, kalau Allah izinkan, bila2 masa boleh berubah... Tapi, hak memilih dan berusaha itu bergantung pada kita... Hina dan Mulia itu pilihan kita...


erm...
ni satu lagi statement yang terasa macam menghentam kepala sendiri...
terasa 2 belah pipi ni dicubit2 n perut rasa memulas...


nak dikira dosa yang ada, tak terkira banyaknya...
mungkin berkali2 ganda bilangan dosa itu dr umur aku sendiri...
jgn dikira dosa yang besar sahaja, dosa y kecik tu pun dah tak terkira...
Subhanallah...


terdetik di hati utk berubah...
tapi takut dilabel hipokrit...
dulunya perangai lain, sekarang cuba berlagak alim...
Nauzubillah, mintak dijauhkan ALLAH...


biarlah hati ini sahaja y tahu, apa y menjadi pilihan aku...
mungkin semua kata2 itu hanya perasaan semata2...
tak payah risau, xpayah gusar...
hati kita, pilihan kita itu semua rahsia kita dengan ALLAH...


semoga ALLAH sentiasa bukakan pintu hati ini utk mengingatiNYA...
semoga ALLAH sentiasa bukakan pintu hati ini menerima Nur dan petunjukNYA...
semoga ALLAH sentiasa bukakan pintu hati ini utk sentiasa mencintaiNYA dan RasulNYA...
semoga ALLAH sentiasa bukakan pintu hati ini utk beribadah dan istiqamah dalam beribadah kepadaNYA...
dan semoga ALLAH sentiasa bukakan pintu hati ini agar aku sentiasa bersyukur ke atas nikmat y diberikan kepada aku...


moga aku takkan lagi berpaling...
dan moga aku sentiasa berada dalam lingkuangan agamaMU...


amin...




p/s: Salam Maulidur Rasul... ^^

No comments:

Post a Comment

written by