Syaitan akan cuba utk hasut manusia.
Mainkan perasaan kita.
Antara kuat dan tiba2 jadi lemah.
Antara percaya tiba2 hilang rasa yakin.
Macam lagu Opick.
Langkah kita selalu rapuh.
Rapuh lemah longlai.
Cuba bangun balik, tp tetap akan jatuh.
Macam panjat gunung.
Itu umpamanya nak sampai pada DIA bagi aku.
Jalan ke atas nya menebtang graviti.
Dan graviti tu nafsu kita dan godaan syaitan.
Orang yang percaya dia akan terus panjat.
Dia akan panjat jugak walaupun lelah.
Dan pasti akan cari kayu ibadah utk jadi tongkat menyokong pendakian.
Tapi kalau orang yang tak percaya?
Sama ada takkan panjat langsung,
Sama ada akan berhenti separuh jalan
Atau turun balik..
Ingat, turun bukit tu boleh jadi satu benda y sangat nikmat.
Jalannya lancar dan tak letih menentang graviti.
Tapi rugi.
Rugi sangat2.
Aku mahu terus panjat.
Tak mahu berhenti dan tak mahu turun.
Masih menggapai kayu2 kecil buat sokongan.
Moga kuat.
Yang rapuh.
Aku.
*buat masa ni kena elak dari duduk sorang2. Sebab akan berfikir terlampau panjang kalau duduk sorang2. Dan otak aku letih. Tak larat dah nak telan semua.
No comments:
Post a Comment
written by