Friday, September 19, 2014

hero.

Terlampau banyak sangat benda nak diceritakan pasal abah.
Nak bercerita pada dia tak boleh, jadi kita bercerita tentang dia.

Abah yang aku kenal sangat baik orangnya.
Naik suara jarang sekali. Apatah lagi naik tangan pada anak2.
Tutur katanya lembut. Suka buat lawak.
Suka ketawa.
Suka benda2 alam mcm pokok, ikan, air dan macam2 lagi.
Sangat penyabar..
Pandai masak, pandai mengemas.
Hari-hari abah selalu dihias dengan ibadah..
Solatnya, wiridnya, zikirnya..
Kadang2 aku sendiri tanya "apa yang abah buat atas sejadah lama2, selubung dengan kain serban?"

Kasih sayangnya usah cerita.
Umi sendiri kata yang abah tu umpama syurga.
Tak pernah membebankan, malah meringankan tugas2 isteri.
Kalau pada anak2, abah takkan tidur malam kalau anak2 sakit. 
Dijenguknya ke dalam bilik setiap masa terutamanya aku yang mmg senang sakit.

Maka aku tau dia memang lelaki yang hebat.
1 dalam sejuta.

Tapi malam ni umi merungkaikan lagi cerita tentang kasih sayang abah.
Dan malam ni juga aku tahu betapa abah seorang pelindung yang hebat.

1) aku dilahirkan dengan rambut yang unik. Umi kata semua suka pegang rambut aku. 
Abah pula seingat aku mmg sudah mula menyuruh aku memakai tudung seawal mungkin, dalam darjah 1. 

Umi kata "abah tak nak orang lain sentuh rambut kamu.. sebab tu dia suruh kamu pakai tudung dari kecik.." T_T

2) Aku tahu abah seorang yang hebat dalam dunia seni. Dia pandai menyanyi, pandai melukis, berlakon, mengarah drama dan bermain alat muzik. Aku pernah nampak gambar abah bermain gitar. Dan aku selalu tertanya kenapa abah tak pernah tunjuk bakat dia depan anak2 selain dari melukis? 
Jarang aku nampak dia memegang gitar.
Organ lama abah terperuk bawah katil tak terusik.

Umi kata "sejak abah belajar agama, abah buang semua gambar dia masa zaman belajar. Abah buang semua gambar dia main alat muzik. Yang tinggal cuma organ lama bawah katil tu sahaja." 

Tapi kenapa?

"Abah tak nak anak2 dia jadi lalai. Sebab bagi dia semua tu melalaikan dan tak sepatutnya diajar.."

Cukup dengan dua cerita ni sahaja dah buat aku terfikir.
Abah memang hero yang sebenar.
Melindungi keluarga luar dan dalam. Rohani dan jasmani.

Sebab tu abah satu dalam sejuta.
Sukar dicari gantinya.

Semoga ALLAH merahmati rohmu abah.
Semoga abah tenang di sana...


* impian aku utk bertemu dengan orang sehebat abah. Tapi mana mungkin jumpa yang sama. 

Tapi cukup lah yang hampir serupa. Dari agamanya, akhlaknya dan kasih sayangnya. Dan juga dari segi dia melindungi aku dan anak2. 

** nak cuba cari gali lagi pasal abah lepas ni. ^^


"Kamu kenapa? Macam orang tak berapa betul je 2 3 hari ni?"

Hati celaru.
Jiwa kacau.
Minda pulak entah ke mana dia terbang.

Bukan tak betul. Bukan gila.
Tapi aku sedang cuba cari semula kekuatan.
Kekuatan hati dan kekentalan jiwa.
Yang dulu tak peduli apa orang nak kata.

Sebab tu susah bila hati mula ada rasa.
Sebab tak semua rasa apa yang kita rasa.

Aku bukan memaksa siapa-siapa.
Jangan risau.
Takkan ada satu manusia pun yang akan diapa-apakan.


*i need a real distraction. A real one. 

*O ALLAH.. You definitely know what i feel and what i want. And of course You know the best things that i should have. So please o ALLAH, guide me. Lead me. Give me strength. I can't do this without You..

Thursday, September 18, 2014

Abah..

Abah..

aku sunyi tanpa abah. 
terlampau banyak soalan aku mahu tanya, terlampau banyak benda aku mahu cerita.

hilang teguh peribadi tanpa dia.

tapi perancangan ALLAH pasti ada hikmahnya..
DIA lebih menyayangimu abah..
kerana abah antara hambaNYA yang terbaik..
ibadah tak lekang dari hari-harimu..

dan mungkin ketiadaanMU ini adalah untuk mematangkan aku.
untuk jadi lebih dewasa.
dan tanpa aku sedari, aku jadi lebih berdikari.
tak bergantung kerana aku takut kecewa.

dan abah..
along kuat.
along tahu along kuat.

tenanglah abah di sana.. bersama DIA.,



*semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas roh abah, terangi pusaranya dan tempatkan abah bersama orang-orang yang mulia.

amin..


**abah, along harap akan jumpa seseorang seperti mu.. agamanya, ibadahnya, akhlaknya, peribadinya, kasih sayangnya.. 

tapi mana mungkin jumpa yang sama.. 

Tuesday, August 13, 2013

gundah gulana.

usia sekarang mmg byk trigger pemikiran pasal mendirikan rumah tangga. lagi2 bila ada kawan2 sebaya atau adik2 y lagi muda dah pun mendirikan masjid. 

tapi jangan sebab orang lain dah buat, kita fikir kita bersedia jgk nak buat. Ada sebab kenapa kita lambat dari orang lain. Mungkin ALLAH nak bagi kita masa utk betul2 bersedia dan persiapkan diri kita seadanya. ^^


bak kata Syud,

"Daripada fikir tentang siapa, baik fikir tentang bagaimana. Bagaimana nak bina baitul muslim yang menjadi. Fikir. Lambat atau cepat, letak tepi. Yang penting, ubah diri."

Wednesday, June 12, 2013

time flies.

11 more days.
then, i'll be leaving this 4 seasoned country for good.
for now, i mean.

3 years of being independent.
3 years of living on my own.
11 more days, i'll be home to my family.

i've grown up.

pheewww.

Tuesday, June 4, 2013

Betrayal.

tak sepatutnya ada perasaan ni.
tapi syaitan mencucuk2 jugak dalam hati.

it feels like I've been betrayed.
i hate it.
sangat2 benci!

mungkin ni antara satu sebab kenapa kita boleh benci seseorang tanpa ada sebab kukuh.


mohon ALLAH jauhkan perasaan buruk ni dari hati.

Wednesday, May 22, 2013

take it off.

o Allah.
this feeling is killing me.
it made me happy,
then, it made me sad.

o Allah.
please.
if this feeling was just a trick or an illusion,
please,
take it off from me, now.

it hurts.
so much.

Saturday, May 11, 2013

awkward.

can't help it.

maybe we don't really match each other.
plus, it is uncomfortable.
sorry.

intimidated.
always.

how to react to those annoying people/actions/things or bla bla bla?
easy.
don't look at them.
don't speak to them while you still have that intimidated kind of feeling.

what will happen if you did?
nasty things might happen.
so, better keep off.


Tuesday, May 7, 2013

to someone who knows me well.

i am really sorry.
if there's anything i said or i did that made u mad.

it's nothing related to me being ungrateful.
i am grateful.
serious.

it's just about me growing up away from home.

i believe me and my friends, we see things differently here compared to how and when we were at home.
and who knows,
it might change once we reach home, again.

don't say anything harsh.
don't keep any grudge.

believe me.
once i reach home, i won't be the same person you saw few years ago.
i am different.

i am no longer a baby or a girl.
i am trying to be a woman.

people do change.

please accept that.