Terlampau banyak sangat benda nak diceritakan pasal abah.
Nak bercerita pada dia tak boleh, jadi kita bercerita tentang dia.
Abah yang aku kenal sangat baik orangnya.
Naik suara jarang sekali. Apatah lagi naik tangan pada anak2.
Tutur katanya lembut. Suka buat lawak.
Suka ketawa.
Suka benda2 alam mcm pokok, ikan, air dan macam2 lagi.
Sangat penyabar..
Pandai masak, pandai mengemas.
Hari-hari abah selalu dihias dengan ibadah..
Solatnya, wiridnya, zikirnya..
Kadang2 aku sendiri tanya "apa yang abah buat atas sejadah lama2, selubung dengan kain serban?"
Kasih sayangnya usah cerita.
Umi sendiri kata yang abah tu umpama syurga.
Tak pernah membebankan, malah meringankan tugas2 isteri.
Kalau pada anak2, abah takkan tidur malam kalau anak2 sakit.
Dijenguknya ke dalam bilik setiap masa terutamanya aku yang mmg senang sakit.
Maka aku tau dia memang lelaki yang hebat.
1 dalam sejuta.
Tapi malam ni umi merungkaikan lagi cerita tentang kasih sayang abah.
Dan malam ni juga aku tahu betapa abah seorang pelindung yang hebat.
1) aku dilahirkan dengan rambut yang unik. Umi kata semua suka pegang rambut aku.
Abah pula seingat aku mmg sudah mula menyuruh aku memakai tudung seawal mungkin, dalam darjah 1.
Umi kata "abah tak nak orang lain sentuh rambut kamu.. sebab tu dia suruh kamu pakai tudung dari kecik.." T_T
2) Aku tahu abah seorang yang hebat dalam dunia seni. Dia pandai menyanyi, pandai melukis, berlakon, mengarah drama dan bermain alat muzik. Aku pernah nampak gambar abah bermain gitar. Dan aku selalu tertanya kenapa abah tak pernah tunjuk bakat dia depan anak2 selain dari melukis?
Jarang aku nampak dia memegang gitar.
Organ lama abah terperuk bawah katil tak terusik.
Umi kata "sejak abah belajar agama, abah buang semua gambar dia masa zaman belajar. Abah buang semua gambar dia main alat muzik. Yang tinggal cuma organ lama bawah katil tu sahaja."
Tapi kenapa?
"Abah tak nak anak2 dia jadi lalai. Sebab bagi dia semua tu melalaikan dan tak sepatutnya diajar.."
Cukup dengan dua cerita ni sahaja dah buat aku terfikir.
Abah memang hero yang sebenar.
Melindungi keluarga luar dan dalam. Rohani dan jasmani.
Sebab tu abah satu dalam sejuta.
Sukar dicari gantinya.
Semoga ALLAH merahmati rohmu abah.
Semoga abah tenang di sana...
* impian aku utk bertemu dengan orang sehebat abah. Tapi mana mungkin jumpa yang sama.
Tapi cukup lah yang hampir serupa. Dari agamanya, akhlaknya dan kasih sayangnya. Dan juga dari segi dia melindungi aku dan anak2.
** nak cuba cari gali lagi pasal abah lepas ni. ^^
No comments:
Post a Comment
written by