Saturday, September 20, 2014

Dia ada.. kita sahaja yang perlu percaya.

Pengalaman hidup jadi pengajaran.
Bukan pengalaman kita sahaja, ambik jgk pengajaran dari jalan hidup orang lain..

Kerana dari mereka jgk kita boleh nampak betapa pemurah dan pengasih nya ALLAH pada kita.

Kita rasa kita tak cukup bahagia..
Kita rasa susah nak dapat apa kita nak..
Ditolak ditepis berkali-kali..
Sampai kadang2 rasa putus asa dgn hidup sendiri..
Katanya kita takkan ada peluang macam orang lain..

Tertempek besar2 perkataan LOSER atas dahi.
Itu kita rasa.
Rasa kita.
Rasa orang yang tak tahu erti bersyukur..

Teringat kata2 Yasmin Mohaged.
Definisi "perkara baik" dan "perkara tak baik" tu sebenarnya bergantung pada manusia..
Kalau benar2 manusia itu bertaqwa, segala masalah bukan definisi "perkara tak baik" buat mereka.
Tu sebenarnya ujian ALLAH dan ujian ALLAH itu adalah satu "perkara baik".

Dan bagi manusia yang melihat masalah dan ujian sebagai nasib malang atau "perkara tak baik", mereka sebenarnya belum cukup redha atas apa y ALLAH tentukan utk mereka.
Mereka kurang yakin padaNYA.

Betul.
Aku selalu terjerumus jadi manusia yang kedua.
Selalu tak kuat utk terima apa y ALLAH tentukan utk aku..
Baik dari segi jodoh sampai lah pekerjaan.
Ada sahaja rungutan.

Beberapa hari ni pula asyik terpukul dgn situasi sekeliling.
Macam mana hidup mereka berbeza dengan apa yang mereka rancang.
Macam mana ALLAH tunjuk Dia adalah sebaik2 perancang.

Betapa ALLAH nak tunjuk selama ini aku salah.
Betapa ALLAH nak tunjuk Dia sayang kita semua..

Dan betapa ALLAH nak tunjuk DIA lebih mengetahui akan segala perkara.
Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita..
Dia lebih tahu kenapa kita diberi jalan yang seliku itu.

Terima kasih semua..
Baik sahabat mahupun orang2 asing.
Jalan hidup kamu jadi pengajaran buat aku.

Dan segala puji bagi ALLAH.
Dia yang membuka mata dan hati.

Moga Dia pegang iman aku selamanya.
Agar aku selalu beringat.
Agar aku takkan pernah berpaling dari Dia, dalam bahagia atau duka.


*betul firmanNYA dalam surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

No comments:

Post a Comment

written by